Seringkali kita persoalankan mengenai rahsia hati. Apa itu rahsia hati?
Rahsia hati adalah perasaan atau keinginan yang terpendam dalam hati seseorang dan tidak dikongsikan dengan sesiapa pun.
Rahsia hati adalah penting kerana tidak semua perkara kita sanggup berkongsi atau menceritakan kepada sesiapapun baik keluarga atau teman rapat terutama hal berkaitan perasaan cinta.
Mencintai seseorang yang tidak pernah menganggap kita sebagai temannya adalah saat paling sukar dalam hidup. Walaupun kita tidak pernah meluahkan perasaan kepadnya, namun percayalah dia mampu merasakan kelainan. Rasa lain akan muncul kepadanya kerana hati dan hati boleh membaca antara satu sama lain. Oleh itu tidak hairanlah jika dia cuba menjauhi diri dari kita.
Menyayangi seseorang membuatkan kadangkala kita menderita. Menderita dengan diri sendiri kerana tidak dapat melupakan kenangan bersamanya. Perkara ini sering berlaku dalam sesebuah persahabatan.
Sifat memendam perasaan dan menyimpannya kadangkala tanpa disedari ibarat kita melukakan diri sendiri. Kita cuba berbohong pada diri sendiri bukannya kepada orang lain.
Elakkan dari terus melukai diri anda sendiri agar anda tidak terus terluka dek kerana diri sendiri.
No comments:
Post a Comment