Cinta itu hadir tanpa dipinta, tanpa dirancang. Walaupun dengan sekali pandang, kemungkinan untuk jatuh cinta adalah tinggi. Tidak semestinya cantik bak Miss Universe atau handsome seperti Kpop idol, cinta itu sebenarnya unik.
Cinta tidak hadir kerana rupa paras tetapi kerana takdir. Cinta kerana rupa paras sebenarnya nafsu semata-mata. Nafsu yang akhirnya akan menjerat diri sendiri suatu hari nanti. Oleh itu, kecantikan bukanlah faktor utama seseorang itu jatuh cinta pada kita.
Mencintai dan dicintai adalah sesuatu yang sukar dicari kerana kebanyakannya apabila seseorang mencintai si dia, kebiasaannya, si dia mencintai orang lain yang tidak mencintainya. Dalam satu istilah ia dipanggil cinta segi tiga.
Seorang lelaki yang benar-benar mencintai gadis tidak mudah untuk meluahkan perasaannya kepada si gadis sebaliknya, mereka biasanya hanya memberikan isyarat-isyarat cinta kepada si gadis. Contohnya, si lelaki akan memandang, merenung dan menjeling kearah gadis yang diminati. Mereka akan cuba melakukan perkara yang disukai gadis tersebut dengan harapan gadis itu perasan dan mengerti perasaannya. Mereka lebih jelas menunjukkan tanda-tanda cemburu apabila melihat si gadis bergurau senda atau bercakap dengan lelaki lain. Mereka juga tergagap-gagap dan kelu apabila berada dihadapan gadis tersebut namun mereka sedaya upaya menyorokkannya.
Tetapi, hal ini berbeza dengan gadia. Mereka biasanya jelas menyatakan rasa mereka kepada jejaka idaman atau rakan baik mereka. Gadis biasanya tidak mampu menyorokkan rasa cinta mereka kerana mereka takut akan kehilangan.
Namun, kadang-kala cinta membuat seseorang itu menjadi buta, menjadikan sebuah persahabatan hancur sekiranya tidak dikawal dengan bijak. Mencintai seseorang sebenarnya tidak salah namun harus bijak. Janganlah kita sanggup musnahkan apa yang kita ada hanya kerana ingin mengejar cinta yang belum pasti milik kita. Jadilah insan yang pandai menghargai.
No comments:
Post a Comment