Cinta adalah perasaan yang sukar dibuang dan disorokkan. When you're in love with someone, you can't hide it. You must have someone that you'll share about your feeling if you're not brave enough to told that person that you really love her/him.
Kebiasaannya, lelaki yang benar-benar ikhlas mencintai seseorang gadis amat sukar untuk meluahkan perasaan mereka terhadap gadis tersebut. Mungkin takut gadis tersebut menjauhi dia. Benar, ada segelintir gadis tidak suka dan tidak dapat menerima sekiranya ada seseorang meluahkan perasaan terhadapnya.
Namun, percayalah kunci untuk memikat seorang gadis hanyalah KEIKHLASAN ( SINCERITY ) & KEJUJURAN ( HONESTY).
Untuk mendapatkan kunci-kunci tersebut, anda perlu BERANI untuk menempuhinya. Seorang lelaki yang ikhlas dan jujur adalah lebih baik dari seorang lelaki jutawan yang handsome. Hal ini demikian kerana, duit dan rupa boleh dicari dan diubah setiap masa namun keihklasan dan kejujuran sukar dicari.
Lelaki kebanyakannya suka menyorokkan sesuatu walaupun kepada ibu atau isteri mereka. Mereka selalu berfikir mereka mampu menanganinya sendirian.
Begitu juga dalam hal meluahkan perasaan cinta. Lelaki biasanya lebih suka untuk menyorokkan perasaan mereka daripada berhadapan dengan gadis tersebut dan luahkan cinta mereka.
Dengan adanya dua ini dalam diri anda, pasti gadis itu tidak akan menolak.
Antara cara lain yang boleh saya kongsikan untuk membantu anda memikat gadis idaman anda ialah:
1. Mengingati hari lahir mereka. Gadis suka akan lelaki yang peka dan ingat akan tarikh-tarikh penting mereka kerana sikap ini mampu membuktikan keikhlasan lelaki itu kepadanya. Tidak semestinya perlu menghadiahi mereka hadiah mahal, cukup sekadar ucapan dan sekiranya ada hadiah yang hendak dibelikan, berilah.
2. Beriman. Hal ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Gadis memerlukan seorang lelaki yang dapat mengimami mereka dalam segala aspek kehidupan mereka. Tidak perlu lelaki itu seorang Imam masjid atau Bilal tapi cukuplah seseorang yang patuh akan Amar Makruf ( melakukan kebaikan) dan Nahi Munkar ( menjauhi kemungkaran).
3. Bersungguh-sungguh. Sekali ditolak, jangan mudah mengalah! Cuba dan terus cuba tapi janganlah sampai membuatkan mereka serabut dengan anda. Cuba dengan strategi yang berbeza-beza. Namun, sebenarnya langkah yang paling berkesan adalah dengan memohon bantuan dari yang Esa. Dia Maha Mengetahui yang terbaik.
4. Peka. Seorang lelaki yang benar-benar mencintai gadis tidak pernah ketinggalan mencari maklumat atau info terkini mengenai gadis tersebut walaupun gadis itu jauh di sana. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk stay updated mengenai gadis itu.
5. Ambil peluang. Sekiranya anda dengan gadis itu terpisah kerana kerja atau mungkin kerana anda belajar di tempat lain, ambil peluang untuk bercakap dengannya seandainya bertemu dengannya. Kesungguhan anda untuk bercakap dan menyapanya akan membuatkan dia terharu dan tahu anda tidak pernah melupakannnya walaupun anda berdua terpisah. Buang rasa malu kerana rasa itu mungkin menjerat anda suatu ketika nanti.
Itulah antara yang boleh saya kongsikan. Ingat, biar lelah berusaha daripada anda berputih mata suatu saat nanti. Mungkin selepas anda kehilangan dia barulah anda sedar. Ingat, bukan anda sahaja yang mencintai dia, mungkin beribu-ribu lagi lelaki lain mencintai dia. Anda lambat, anda akan terlepas.




